Artikel yg didapati dari forwarded email. Bagus utk dipraktikkan, biar daya ingatan sentiasa tajam..yeahhh
1. Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat
atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan
mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan
kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg
cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
2. Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan
kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang
yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir
dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan
anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna,
aromaterapi dan sebagainya.
3. Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan
kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada
yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan
vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang
atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.
4. Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke
otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan
senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
5. Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda
sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia
turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan
persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan
berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.
6. Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu
seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika
anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi
dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.
7. Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru
misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau
menghadiri ceramah dan motivasi.
8. Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda.
Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi
sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah
jenis permainan yg mencabar minda.
9. Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan
pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat
sedikit-sebanyak fakta yg terkandung di dalam bahan bacaan.
10. Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan
dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat
tersebut.
11. Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu,
contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan
fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yg anda fikirkan.
12. Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.